20 February 2011

"Contest Story Sob..Sob..by Pieyaris"


sepanjang tahun 2010.. ya tahun lalu.. bermula dengan FEBruari.. setahun yang lalu. detik itu saya sedang hamil anak perempuan saya QALEESYA. 24 januari 2010 nenek saya telah di ragut di salah sebuah pasaraya sehingga beliau terjatuh. masa tu nenek umur 86 tahun. al maklum dah tua. otot-otot sudah tidak kuat. kejadian itu membawa nenek ke hospital selama 2 minggu. selama nenek dihospital.. saya bergilir-gilir dengan sepupu dan mak sedara untuk menjaga nenek. dengan tubuh saya sarat mengandung 7 bulan ketika itu. saya gagahi demi menjaga orang yang sayang. dulu, masa nenek tak sakit, dialah pujaan hati saya. bila dia masak. saya tengok lepas tu saya cuba nak masak balik apa yang nenek buat. air tangan saya tak sama dengan air tangan nenek. masakan nenek lebih sedap dari apa yang saya buat. selepas dua hari di hospital. doc mengesahkan tulang rapuh nenek di bahagian belakang retak dan harus di operate. kami berbincang sanak saudara. macammana keadaan nenek selepas operate nanti. akhirnya. kami tidak bersejutu cadangan doc. kami bersepakat untuk membawa nenek pulang melihatkan keadaan nya yang semakin tidak sihat.

hari isnin~~ 2feb2010 selepas pulang dari kerja ibu sya mengajak saya ke rumah nenek. melawatnya disana. sempat saya menjamah nenek, saya kucup dahi nenek dan saya gosok-gosok nenek yang terbaring. saya juga sempat tidur disebelah nenek. hari tu, nenek manja sekali dengan saya. bila nak balik malam tu nenek suruh saya tidur dengannya. tapi keadaan tidak mengizinkan. di rumah adik-adik menunggu saya dan ibu.

selasa~ 3feb2010 sedang saya menyiapkan sedikit kerja di pejabat... telefon berdering.. mama CALL..

mama menangis.. nick nenek dah xde... saya tertunduk diam. saya menangis. tak semena air mata saya mengalir laju.. YA ALLAH kau tabahkanlah hati ini... saya kena kuatkan diri untuk anak yang saya kandung.
selepas itujuga saya meminta kebenaran dari pihak pengurusan. saya ballik ambil adik-adik dan mama. 

setiba di kampung halaman tempat arwah nenek menghembuskan nafas terakhir hati saya pilu. saya sedih melihat ramai sanak-saudara berkumpul.. dari situ saya menangis sekuat-kuatnya.. 
dalam hati.. sayang.. ibu dah kehilangan nenek dan bila kamu lahir nanti kamoo dah xde toknek..
saya tengok macamana nenek dimandikan. saya hanya tatp wajah nenek dekat-dekat. saya tak mahu 'miss' satu pun detik terakhir melihat wajah nenek.. sehinggalah  nenek dikafanakan.. suasana pilu bila saya cium pipi gebu nenek. saya redha.. semua ketentuannya.

tanggal 1 APRIL 2010 saya melahirkan seorang anak perempuan yang comel di beri nama SAFIYA QALEESYA ~ KESUCIAN KEBIJAKSANAAN.. masa tu saya ingat nenek. saya kuatkan semangat demi anak saya yang baru lahir..
dalam berpantang.. saya dijaga dengan rapi oleh mama dan abah.
abah sakit ketika tu tapi sempat dia melayan saya. mendukung cucunya. apa yang saya nak mesti abah tunaikan walaupun sedikit. apatah lagi mama... masa mengandung dan nak makan apa-apa pun mama dan abahlah yang bersungguh-sungguh untuk saya. sehingga tanggal 31 MEI 2010..saya dikejutkan lagi dengan pemergian ABAH tersayang.. kehilangan abah tanpa direlakan. abah pergi tanpa meninggalkan kesan apa-apa.. ye,.. abah sakit jantung. tapi hari-hari abah minum air herba yang mama buat. ABAH boleh je naik motor ke kedai walhal ke kota bharu dengan jarak 45km dari rumah.
hari itu, isnin.. abah ada mintak mak buatkan SUP .. SUP tulang kegemaran abah. adik-adik sempat menjamah sup tulang bersama-sama abah ketika itu. mereka sama-sma makan dan bergurau senda. acara makan-makan tanpa dihadiri saya kerana saya di rumah mertua.. saya hanya sempat bertemu abah sehari sebelom abah meninggalkan kami. malam tu 11.35 mlm.. suami saya baru bertolak ke kuala lumpur atas urusan kerja. sedang saya sibuk mengemas keperluan untuk bailk ke rumah ABAH. saya menerima panggilan dari adik. 

" kak nik abah jatuh" cepat balik..
saya dengar suara adik cemas.. adik kol balik " kak nik abah dah tiada..

saya pecut kereta proton saya... mujurlah rumah mertua dekat hanya satu BLOK. sesampai di rumah. dengan keadaan qaleesya masih kecil dipangkuan. saya kejutkan abah yang terlentang di atas TOTO. " abah... bangun abah.. bangun.. jagan tinggalkan kami.. kami adik beradik menangis meraung, menatap pemergian abah tersayang. tiada siapa sempat bertemu abah semasa abah menghembuskan nafas terakhir..
adik cakap " abah jatuh.. abah baru lepas pergi toilet.. maybe abah g ambik air sembahyang. nak solat hajat"
mama tiada dirumah. saya buntu. alhamdulilah ada seorang jiran mendengar kami adik beradik menangis.saya beritahu dia ABAH dah tiada. dia lah yang menolong  mememanggil DOC di situ. saya telefon mama, suami dan mertua. hati saya sayu.. saya tidak begitu tabah masa itu. sepanjang malam QALEESYA pun tak menangis.mungkin dia tahu apa yang terjadi.. sanak saudara mulai datang. mengunjungi jasad yang TIADA roh. saya takd apat tidur dari semalam. kepala dah mulai pening.. alhamdulillah jenazah abah siap dikebumikan di kampung halaman selepas solat zohor.. abah kelihatan tenang ketika dikafankan.. ALHAMDULILLAH..
.sekarang tiap-tiap jumaat saya akan bergilir mengunjungi pusara NENEK dan ABAH.

AL-FATIHAH

nak join??

1 comment:

pieyaris said...

received it!!

thaks 4 joining...

very touching..

2 kematian dalam 1 tahun...

semoga akak tabah...